MASJID KAMPUNG LAUT,
NILAM PURI, KELANTAN
Sejarah Masjid Kampung laut
Masjid
ini dipercayai dibina oelh sekumpulan pengembang (mubaligh) agama Islam yang
terdiri daripada sekumpulan anak raja Jawa yang datang belayar berhampiran
negeri kelantan. Semasa dalam pelayaran
tersebut, kapal yang dinaiki baginda bocor dan anak raja itu bernazar untuk
mendirikan sebiah masjid sekiranya mereka selamat tiba di darat. Anak raja Jawa itu selamat tiba di darat dan
mereka mendirikan sebuah masjid di Kampung Laut dan pabila kembali ke Jawa
mereka mendirikan sebuah masjid lagi iaitu sebuah masjid yang sama reka
bentuknya dengan Masjid Kampung Laut.
Reka bentuk Masjid Kampung Laut juga adalah sama dengan dengan bentuk
Masjid Agung Demak di Jawa Tengah, Indonesia.
Masjid
Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu,
Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri
berhadapan dengan Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya kampus cawangan
Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu. Usia masjid ini telah melebihi 300 tahun dan
turut dikaitkan dengan Kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17
Masihi. Selain diiktiraf sebagai masjid
tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut tersenarai antara masjid paling
bersejarah di Asia Tenggara, seangkatan dengan Masjid Nat Tanjung dan Wadi
Hussin di Thailand, Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono
(Champa, Kemboja).
Seni bina Masjid Kampung Laut
Masjid
Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk
empat tiang seri. Masjid ini sangat
tinggi dari lantai ke puncaknya.
Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang
utama dalam bahagian utama. Motif seni
bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dana lam semula jadi yang pada
asasnya diterapkan pada bunga teratai.
Bahagian
utama masjid ini terdiri daripada pelan berbentuk segi empat yang diliputi
dengan bumbung pyramid yang disusun secara tiga tingkat. Bahagian bumbung yang paling atas ditinggikan
sedikit arasnya dan diletakkan tingkap bagi memudahkan pencahayaan.
Bumbungnya
berbentuk tiga lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bumbung
masjid-masjid di negeri Melaka.
Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan masjid Wali
Sunan Kalijaga di Jawa Tengah. Masjid
Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dab ruang dalamnya disokong oleh empat
batang tiang seri.
Keseluruhan
lantai masjid ini ditinggikan lebih kurang satu meter dari aras tanah.
Ia
tidak dilengkapi dengan serambi sebalinya dikelilingi oleh dinding panel yang
diperbuat daripada kayu pada bahagian dalamannya. Dinding panel tersebut ditebuk dan dijadikan
bukaan bagi pintu dan tingkap.
Pengubahsuaian
kemudiannya dijalankan dan sebuah ruang yang digelar balai lintang ditambah
oada bahagian tepi masjid tersebut bertentangan dengan dinding mihrab dan ruang
serambi besar juga turut disambungkan.
Dua
buah ruang yang baru dibina dan didirikan rendah sedikit dari aras bahagian
utama masjid tersebut. Ruang serambi
kemudiannya ditambah pada bahagian timur masjid tersebut dan dikenali sebagai
wakaf.
MASJID TENGKU TENGAH
ZAHARAH, TERENGGANU
Dikenali
sebagai ‘Masjid Terapung’ dan seni binanya adalah gabungan pengaruh moden dan
‘Moor’. Ia kelihatan unik dan cantic
pada malam hari.
Masjid
Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung dan memberikan ia sudut
unik. Ia terletak di sungai Terengganu
dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera DiRaja Terengganu.
Masjid
putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara
ini. Malah, pembinaan masjid ini turut
memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.
Pembinaan
masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilah Shah ibni al-Mahrum Sultan Ismail Nasiruddin
Shah.
Masjid
ini dinamakan sempena ibunya, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri
Setia Raja.
Kedamaian
masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut Cina Selatan, menjadikan ia
suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.
Masjid ini dibina di atas air di muara
Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di
Malaysia. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, masjid ini
mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dengan gabungan hiasan taman,
warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang
mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia
menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan
syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.
MASJID TENGKERA, MELAKA (1728)
Masjid Tengkera merupakan masjid kedua
tertua di Melaka dan dibina pada tahun 1728.
Namun ada juga yang masjid ini dibina pada tahun 1750-an.
Sebelum dirobohkan dan dibina semula pada tahun 1821, masjid ini
diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian.
Reka bentuk masjidnya juga tidak jauh berbeza dengan Masjid Kampung Hulu dan
Kampung Kling iaitu berbumbung tiga lapis berbentuk piramid. Masjid ini mempunyai sedikit kelainan kerana
mempunyai tiga lapisan bumbung iaitu bumbung beranda, bumbung ruang sembahyang
dan bumbung kubah. Hiasan dan senibina
dalaman dan luaran juga menggabungkan ciri-ciri seni bina Cina, India dan
Sumatera.
Keunikan masjid ini mempunyai seni bina
yang sangat luas di segenap sudut, baik di pintu massuk tingkap, dinding,
tangga, mimibar, menara dan pintu gerbangnya.
Dihiasi dengan batu mar-mar Cina yang indah. Di bahagian hadapan masjid
ini dipagari dengan tembol batu yang dihias kekisi porselin manakala pintu
gerbangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan bumbungnya berbentuk seperti
pagoda.
Pintu masuk ke kawasan masjid
Menaranya berbentuk pagoda dan
seakan-akan menara Masjid Kampung Kling.
Cuma saiznya agak besar dan lokasinya.
Sekiranya menara Masjid Kampung Hulu dan Kampung kling terletak di sisi
kanan masjid (menghadap kiblat), menara masjid ini terletak bertentangan dengan
pintu masuk bangunan masjid. Masjid ini
juga mempunyai kolah ubtuk berwuduk yang terletak di sisi kanan masjid. Masjid ini juga merupakan tempat belajar
mengaji untuk masyarakat setempat.
Menara masjid bertentangan dengan pintu masuk masjid
MASJID
PUTRA, PUTRAJAYA
Masjid
Putra didirikan pada 22 Zulkaedah 1419 Hijri bersamaan 9 Mac 1999 Masihi. Ia menjadi mercu tanda Wilayah Persekutuan
Putrajaya. Masjid ini dinamakan Masjid
Putra bersempena Perdana Menteru Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putra Al-haj.
Kedudukan masjid ini bersebelahan dengan Dataran Putra dan bertetangan dengan blok Perdana
Putra. Dari arah masjid ini, dapat
dilihat pemandangan Tasik Putra dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar masjid ini dikelilingi oleh
tasik, dan menjadikan majid ini kelihatan terapung-apung di atas air seperti
Masjid Tenku Tengah Zaharah di Terengganu dan Masjid Tanjung bunga di Pulai
Pinang. Bezanya kedua-dua masjid ini
dibina berhampiran dnegan laut manakala Masjid Putra dokelilingi oleh tasik.
Binaan:
Konsep Reka Bentuk masjid
Konsep
reka bentuk masjid ini berdasarkan kepada seni bina Parsi zaman Kerajaan
Safawe. Seni bina dan reka bentuk
kubahnya menonjolkan ciri-ciri masjid tradisi yang mudah dilihat di Timur
Asia. Ketinggian keseluruhan masjid ini
menyamai bangunan 21 tinkat. Ia terdiri
daripada e,pat aras termasuk bumbung yang mempunyai fungsi masing-masing.
Aras
Bawah Dua
Dinding
dan benteng yang dibina di sekeliling aras ini
menampilkan imej pertahanan yang kuat untuk menggambarkan
keteguhan. Aras ini menjadi penghubung
utama kepada siar kaki, iaitu jalan mengelilingi tasik. Di aras ini terdapat pelantar untuk
pengunjung menghayati udara nyaman dari tasik.
Aras
Bawah Satu
Bahagian
ini menempatkan pelbagai kemudahan seperti auditorium yang boleh memuatkan
seramai 450 orang. Dewan makan untuk 400 orang dan sebuah ruang legar untuk
pameran. Di sini turut ditempatkan
pejabat utama Masjid Putra, tiga buah bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah,
tempat berwuduk dan bilik air serta rumah kakitangan.
Aras
Bawah
Aras
ini membawa konsep keterbukaan. Tiang
berbentuk paying di aras ini direka supaya dapat memberikan perlindunagn orang
ramai daripada hujan dan panas serta pengaliran udara semula jadi. Konsep ini bertujuan untuk menyambungkan
antara saf dalam dans af luar sekiranya jemaah terlalu ramai pada satu-satu
masa. Dewan solat utama terletak di sini
yang boleh memuatkan bilangan jemaah seramai 8, 000 orang pada satu masa. Pintu masuknya mempunyai reka bentuk
berdasarkan struktur binaan di Isfahan.
Sebuah
laman terbuka terbentang luas di antara ruang solat utama dan pintu masuk utama
masjid. Laman terbuka ini merupakan
tapak kepada menara masjid tsetinggi 116 meter dan dihiasi dengan kolam-kolam
air dan pepohonan. Laman terbuka serta
pelantar sekeliling aras ini boleh menampung seramai 5, 000 jemaah lagi.
Aras Satu
dan Bumbung
Bahagian
ini mepunyai lapan kubah kecil yang membentuk empat penjuru dewan solat
utama. Konsep terbuka jelas kelihatan
dengan adanya tingkat-tingkat besar yang dihiasi gaya rekaan yang begitu indah
di sekeliling aras tersebut.
Sebanyak
enam belas tudung konkrit mengelilingi aras ini. Puncak kubah dihiasi dengan mercu tajam yang
mengarah ke langit. Dewan solat wanita
berada di atas satu yang boleh menampung seramai 2, 000 jemaah. Keempat-empat aras ini dihubungkan oleh
rangkaian tangga yang bermula dari tempat wuduk utama serra dua buah lif di
iiri dan kanan pintu dewan solat utama.
Kubah
Masjid
Kubah
masjid ini berwarna merah jambu dan reka bentunya berasaskan arabesque iaitu
ukiran berkonsepkan tumbuhan seperti yang terdapat pada kubah-kubah masjid di
Mesir. Ukiran dan hiasan dalaman kubah
dan masjid ini pada keseluruhannya diilhamkan berdasarkan seni ukir
tempatan. Selain kubah yang menjadi
tarikan pada Masjid Putra inin, bahan daripada kayu cengal yang menjadi pilihan
untuk pintu, jerejak dan pemidang pada masjid ini telah berjaya menghidupkan
seni ukir Melayu berteraskan ajaran Islam yang menonjolkan semangat
persaudaraan dan keharmonian sesama insan.