Tuesday, 24 May 2016

TEMPAT PERANGINAN

CAMERON HIGHLAND

Tanah Tinggi Cameron Highland merupakan sebuah peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga.  Suasana disekitar Cameron Hoghland yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar.  Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari.  Berjalan kaki sambal melihat keindahan alam semula jadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah kerja. 

Tempat menarik di Cameron Highland

  • Ladang The Boh

Suasana sangat mendamaikan di Ladang The Boh Cameron Highland menjadikan kawasan ini sebagai tarikan utama para pelancong.  Udara yang amat segar dapat menghilangkan segala tekanan yang dialami apabila anda berada di sekitar Ladang the Boh.  Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam di sini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI.  Tidak hairanlah jika Cameron Highland menjadi salah satu senarai terkenal untuk berbulan madu. 
                                                                            
  • Kebun Lavender


Kepada pencinta bau lavender, anda tidak perlu untuk terbang jauh sematamata untuk melihat dan meraai sendiri keindahan bunga lavender.  Bau yang sangat menyenangkan kini asa di Kebun Lavender di Cameron Highland.  Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa.  Suasan yang sangat romantic menjadikan Kebun Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland.  Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetic bunga dan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga.


PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian ialah satu satu destinasi percutian popular di Malaysia.  Ia terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 KM dari Pekan Kuala Besut, Terengganu.  Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan alam semula jadinya seperti pantai berpasir  yang putih bersih, air laut yang jernih, laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan hisupan laut yang sangat cantic serta hutannya yang belum tercemar.  Pulau Perhentian sering kali menjadi lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada kleuarga, kumpulan atau individu.

Pulau Perhentian terbentuk dari dua pulau utama iaitu:

     1Pulau Perhentian Besar

  • Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian di sini.  Terdapat  banyak resort menarik yang menawarkan berbagai pakel untuk pelancong terutamanya pakej snorkelling dan scuba diving.  Di sini juga terdapat operator pelancongan yang menawarkan kursus scuba diving termasuk kursus penuh bagi mendapatkan sijil PADI bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelam ke kawasan yang lebih dalam dan menarik.
  • Para pelancong dapat menikmati keindahan di Pulau Perhentian.  Jika ingin bersiar-siar di sekitar pulau, terdapat jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort berdekatan.  Untuk melihat keindahan pulau lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancongan.



  2. Pulau Perhentian Kecil

  • Pulau Perhentian Kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik.  Beberapa pantai yang cantic dan lokasi snorkelling terdapat di sini.  Pulai ini mempunyai banyak resortdan chalet yang menawarkan harga penginapan yang lebih murah berbanding Pulau Perhentian Besar.  Ia juga terkenal dikalangan pelancong “backpackers” dan lebih sesuai untuk lokasi percutian bajet.
  • Tiada jalinan jalan raya melainkan hanya jalan kecil yang merentas hutan di pulau ini.  Jadi, untuk kemana-mana lokasi, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancongan yang ada. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar untuk melihat tempat-tempat menarik di sana.


Aktiviti di Pulau Perhentian

Tarikan utama pelancong ke Pulau Perhentian ialah berehat di pulau cantic yang sunyi dan tenteram serta melakukan aktiviti snorkelling sambal menikmati keindahan hidupan laut di sekitar pulau ini.  Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti:
  • Mandi laut
  • Island cruises (menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik disekitar pulau)
  • Windsurfing
  • Sailing
  • Berkayak
  • Memancing
  • Berkhemah
  • Jungle trekking

TANAH AINA FARRAH SORAYA, RAUB PAHANG

Tanah Aina Farrah Soraya adalah sebuah resort eko pelancongan yang ekslusif di Raub, Pahang.  Lokasi resort terletak di kawasan hutan tropika yang kaya dengan flora dan fauna.  Suasana di sini nyaman dengan suhu yang menyegarkan sekitar 24°C.  Hutan di sini begitu terpelihara dari sebarang ancaman pembangunan. 




Antara aktiviti menarik yang dijadualkan dalam percutian ke sini ialah jungle trekking dan lawatan ke air terjun.  Sepanjang jungle trekking, anda berpeluang membuat lompatan dipanggil “Leap Of Faith”.  Ketinggiannya kira-kira 15 kaki dari platform tempat anda berdiri.




Anda juga berpeluang untuk menikmati aktiviti mendaki bukit di waktu pagi untuk melihat matahari naik melalui perbukitan dan hutan hijau yang begitu mempersonakan pada waktu pagi.  Selain itu, disediakan juga aktiviti flying fox dan anda akan ditemani oleh jurupandu arah yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang selok-belok resort ini.

Disamping itu, anda pasti akan berpuas hati dengan hidangan makanan yang disediakan.  Bermula daripada hidangan sarapan pagi, makanan tengah hari, minum petang sehinggalah makan malam.  Hidangan pasti menyelerakan. 

















Anda juga tidak perlu bersusah payah membawa peralatan mandi seperti sabun dan syampoo kerana segala perlatan tersebut telah disediakan di sini.  Yang istimewanya, segala alatan ini berasaskan organik dan semulajadi.  Tujuannya adalah untuk memastikan sungai dan hidupannya tidak tercemar.  Walaupun resort ini dibangunkan di kawasan hutan, namun ia masih mengekalkan ekosistem tanah dan sungai.





TADOM HILL RESORT, BANTING, SELANGOR

Tadom Hill resort merupakan satu tempat pelancongan yang dikenali sebagai percutian semulajadi.  Di sini anda akan dapat merasai seperti berada di hutan yang sering dilihat di luar negara.  Nyaman, sejuk, ketenangan dan kedamaian semuanya boleh didapati di sini.

Tadom Hill Resorts Selangor

Aktiviti berkhemah memang bagus dijalankan di sini sambil mengkaji alam sekitar.  Selain berkhemah, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.  Keunikan dan kecantikan Tadom Hill Resorts ini mnejadi tarikan pelancong.  Tadom Hill Resort terletak hanya 12 minit daaripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur.  Tadom Hill Resorts merupakan kawasan perkhemahan dan riadah ‘wajib’ pergi buat mereka yang gemar menikmati keindahan alam semulajadi.  Kawasan ini juga dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah.



Konsep Buluh Di Tadom Hill Yang Menjadi Keunikannya

Tadom Hill Resorts berkonsepkan buluh.  Ini adalah salah satu sebab yang menjadi tarikan pengunjung untuk merasai ‘hidup’ dengan buluh.  Buluh digunakan dlam pelbagai kegunaan termasuklah bilik tidur.  

Tadom Hill Resorts Selangor

Terdapat 3 jenis pakej tempat tinggal yang disediakan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tents Sites dan Vip Bamboo Hut.

Tadom Hill Resorts Selangor


Tadom Hill Resort 4


Tadom Hill Resort 1

Selain itu, air yang berwarna seakan-akan turquoise sangat menhasuikkan dan membuat pelancong terpana dengan keindahan di situ.  Di sini juga pelancong boleh berakit dengan rakit yang dihasilkan daripada buluh.  Selain itu, anda boleh bergayut dan terjun seperti tarzan!

Tadom Hill Resorts Selangor


Tadom Base Camp

Tadom Base sangat sesuai bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak.  Terdapat 4 zon disediakan untuk anda cabar ketahanan dan fizikal diri sendiri.






No comments:

Post a Comment