Tuesday, 24 May 2016

MASJID DI MALAYSIA

MASJID KAMPUNG LAUT, NILAM PURI, KELANTAN

Sejarah Masjid Kampung laut

Masjid ini dipercayai dibina oelh sekumpulan pengembang (mubaligh) agama Islam yang terdiri daripada sekumpulan anak raja Jawa yang datang belayar berhampiran negeri kelantan.  Semasa dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaiki baginda bocor dan anak raja itu bernazar untuk mendirikan sebiah masjid sekiranya mereka selamat tiba di darat.  Anak raja Jawa itu selamat tiba di darat dan mereka mendirikan sebuah masjid di Kampung Laut dan pabila kembali ke Jawa mereka mendirikan sebuah masjid lagi iaitu sebuah masjid yang sama reka bentuknya dengan Masjid Kampung Laut.  Reka bentuk Masjid Kampung Laut juga adalah sama dengan dengan bentuk Masjid Agung Demak di Jawa Tengah, Indonesia.


Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan.  Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu.  Usia masjid ini telah melebihi 300 tahun dan turut dikaitkan dengan Kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi.  Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut tersenarai antara masjid paling bersejarah di Asia Tenggara, seangkatan dengan Masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).



Seni bina Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri.  Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya.  Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian utama.  Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dana lam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai. 

Bahagian utama masjid ini terdiri daripada pelan berbentuk segi empat yang diliputi dengan bumbung pyramid yang disusun secara tiga tingkat.  Bahagian bumbung yang paling atas ditinggikan sedikit arasnya dan diletakkan tingkap bagi memudahkan pencahayaan. 

Bumbungnya berbentuk tiga lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bumbung masjid-masjid di negeri Melaka.  Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah.  Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah.  Mimbar dab ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri. 
Keseluruhan lantai masjid ini ditinggikan lebih kurang satu meter dari aras tanah. 

Ia tidak dilengkapi dengan serambi sebalinya dikelilingi oleh dinding panel yang diperbuat daripada kayu pada bahagian dalamannya.  Dinding panel tersebut ditebuk dan dijadikan bukaan bagi pintu dan tingkap.

Pengubahsuaian kemudiannya dijalankan dan sebuah ruang yang digelar balai lintang ditambah oada bahagian tepi masjid tersebut bertentangan dengan dinding mihrab dan ruang serambi besar juga turut disambungkan.

Dua buah ruang yang baru dibina dan didirikan rendah sedikit dari aras bahagian utama masjid tersebut.  Ruang serambi kemudiannya ditambah pada bahagian timur masjid tersebut dan dikenali sebagai wakaf.


MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH, TERENGGANU



Dikenali sebagai ‘Masjid Terapung’ dan seni binanya adalah gabungan pengaruh moden dan ‘Moor’.  Ia kelihatan unik dan cantic pada malam hari.

Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung dan memberikan ia sudut unik.  Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera DiRaja Terengganu.

Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini.  Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.

Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilah Shah ibni al-Mahrum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut Cina Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.


Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, masjid ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.


MASJID TENGKERA, MELAKA (1728)

Masjid Tengkera merupakan masjid kedua tertua di Melaka dan dibina pada tahun 1728.  Namun ada juga yang masjid ini dibina pada tahun  1750-an.  Sebelum dirobohkan dan dibina semula pada tahun 1821, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun  nipah dan tiangnya daripada kayu berlian. Reka bentuk masjidnya juga tidak jauh berbeza dengan Masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling iaitu berbumbung tiga lapis berbentuk piramid.  Masjid ini mempunyai sedikit kelainan kerana mempunyai tiga lapisan bumbung iaitu bumbung beranda, bumbung ruang sembahyang dan bumbung kubah.  Hiasan dan senibina dalaman dan luaran juga menggabungkan ciri-ciri seni bina Cina, India dan Sumatera.


Keunikan masjid ini mempunyai seni bina yang sangat luas di segenap sudut, baik di pintu massuk tingkap, dinding, tangga, mimibar, menara dan pintu gerbangnya.  Dihiasi dengan batu mar-mar Cina yang indah. Di bahagian hadapan masjid ini dipagari dengan tembol batu yang dihias kekisi porselin manakala pintu gerbangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan bumbungnya berbentuk seperti pagoda.


Pintu masuk ke kawasan masjid

Menaranya berbentuk pagoda dan seakan-akan menara Masjid Kampung Kling.  Cuma saiznya agak besar dan lokasinya.  Sekiranya menara Masjid Kampung Hulu dan Kampung kling terletak di sisi kanan masjid (menghadap kiblat), menara masjid ini terletak bertentangan dengan pintu masuk bangunan masjid.  Masjid ini juga mempunyai kolah ubtuk berwuduk yang terletak di sisi kanan masjid.  Masjid ini juga merupakan tempat belajar mengaji untuk masyarakat setempat.


Menara masjid bertentangan dengan pintu masuk masjid


MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Masjid Putra didirikan pada 22 Zulkaedah 1419 Hijri bersamaan 9 Mac 1999 Masihi.  Ia menjadi mercu tanda Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Masjid ini dinamakan Masjid Putra bersempena Perdana Menteru Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.



Kedudukan masjid ini bersebelahan dengan Dataran Putra dan bertetangan dengan blok Perdana Putra.  Dari arah masjid ini, dapat dilihat pemandangan Tasik Putra dan kawasan sekitarnya.  Sebahagian besar masjid ini dikelilingi oleh tasik, dan menjadikan majid ini kelihatan terapung-apung di atas air seperti Masjid Tenku Tengah Zaharah di Terengganu dan Masjid Tanjung bunga di Pulai Pinang.  Bezanya kedua-dua masjid ini dibina berhampiran dnegan laut manakala Masjid Putra dokelilingi oleh tasik.

Binaan: Konsep Reka Bentuk masjid

Konsep reka bentuk masjid ini berdasarkan kepada seni bina Parsi zaman Kerajaan Safawe.  Seni bina dan reka bentuk kubahnya menonjolkan ciri-ciri masjid tradisi yang mudah dilihat di Timur Asia.  Ketinggian keseluruhan masjid ini menyamai bangunan 21 tinkat.  Ia terdiri daripada e,pat aras termasuk bumbung yang mempunyai fungsi masing-masing.


Aras Bawah Dua
Dinding dan benteng yang dibina di sekeliling aras ini  menampilkan imej pertahanan yang kuat untuk menggambarkan keteguhan.  Aras ini menjadi penghubung utama kepada siar kaki, iaitu jalan mengelilingi tasik.  Di aras ini terdapat pelantar untuk pengunjung menghayati udara nyaman dari tasik.

Aras Bawah Satu
Bahagian ini menempatkan pelbagai kemudahan seperti auditorium yang boleh memuatkan seramai 450 orang. Dewan makan untuk 400 orang dan sebuah ruang legar untuk pameran.  Di sini turut ditempatkan pejabat utama Masjid Putra, tiga buah bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, tempat berwuduk dan bilik air serta rumah kakitangan.

Aras Bawah
Aras ini membawa konsep keterbukaan.  Tiang berbentuk paying di aras ini direka supaya dapat memberikan perlindunagn orang ramai daripada hujan dan panas serta pengaliran udara semula jadi.  Konsep ini bertujuan untuk menyambungkan antara saf dalam dans af luar sekiranya jemaah terlalu ramai pada satu-satu masa.  Dewan solat utama terletak di sini yang boleh memuatkan bilangan jemaah seramai 8, 000 orang pada satu masa.  Pintu masuknya mempunyai reka bentuk berdasarkan struktur binaan di Isfahan.

Sebuah laman terbuka terbentang luas di antara ruang solat utama dan pintu masuk utama masjid.  Laman terbuka ini merupakan tapak kepada menara masjid tsetinggi 116 meter dan dihiasi dengan kolam-kolam air dan pepohonan.  Laman terbuka serta pelantar sekeliling aras ini boleh menampung seramai 5, 000 jemaah lagi.

Aras Satu dan Bumbung
Bahagian ini mepunyai lapan kubah kecil yang membentuk empat penjuru dewan solat utama.  Konsep terbuka jelas kelihatan dengan adanya tingkat-tingkat besar yang dihiasi gaya rekaan yang begitu indah di sekeliling aras tersebut.
Sebanyak enam belas tudung konkrit mengelilingi aras ini.  Puncak kubah dihiasi dengan mercu tajam yang mengarah ke langit.  Dewan solat wanita berada di atas satu yang boleh menampung seramai 2, 000 jemaah.  Keempat-empat aras ini dihubungkan oleh rangkaian tangga yang bermula dari tempat wuduk utama serra dua buah lif di iiri dan kanan pintu dewan solat utama.

Kubah Masjid


Kubah masjid ini berwarna merah jambu dan reka bentunya berasaskan arabesque iaitu ukiran berkonsepkan tumbuhan seperti yang terdapat pada kubah-kubah masjid di Mesir.  Ukiran dan hiasan dalaman kubah dan masjid ini pada keseluruhannya diilhamkan berdasarkan seni ukir tempatan.  Selain kubah yang menjadi tarikan pada Masjid Putra inin, bahan daripada kayu cengal yang menjadi pilihan untuk pintu, jerejak dan pemidang pada masjid ini telah berjaya menghidupkan seni ukir Melayu berteraskan ajaran Islam yang menonjolkan semangat persaudaraan dan keharmonian sesama insan.



No comments:

Post a Comment