Pelancongan dalam Islam mempunyai perspektif yang luas dan
boleh diungkapkan dalam beberapa pecahan istilah. Istilah rehlah, ziyarah, siyahah, umrah dan
haji mempunyai pengertian yang umumnya merujuk kepada pelancongan
tetapimempunyai konsep dan pendekatan yang berbeza (Hasan, Mohammad Mahyuddin,
&Mohd Ahsrof Zaki, 2010).
Mengikut Shakiri (2006), pelancongan Islam tidak hanya terhad
kepada pelancongan berbentuk motivasi agama semata-mata tetapi merangkumi semua
bentuk pelancongan yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Henderson (2009) berpendapat ia merujuk kepada pelancongan yang meletakkan pertimbangan agama sebagai suatu kepentingan walaupun ia bukan motif perjalanan yang utama.
Ada yang berpendapat, pelancongan Islam merujuk kepada pelancongan Islam yang mengembara ke destinasi atas tujuan keagamaan (Zamani-Farhani & Henderson, 2010).
Kesimpulannya, berpandukan definisi daripada pelbagai pendapat, pelancongan Islam merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, produk, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam yang melibatkan pengendali dan pelancong.

salam puan.. sya ambil artikel puan sebagai sumber rujukan sya dalam membuat assaigment
ReplyDeleteSalam puan,benarkan saya guna artikel puan untuk rujukan assignment saya
ReplyDelete