Pelancongan kini menjadi satu gaya hidup yang
diperlukan oleh kelompok manusia.
Pelancongan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal
individu daripada tempat bermukim keluar tempat yang lain (Jamudin, 2012). Keperluan kepada pelancongan dilihat sejajar
dengan gaya hidup manusia yang memerlukan pergerakan untuk pelbagai
tujuan. Menurut Goeldner, Ritchie, dan
Mclntosh (2000) tujuan mengembara ialah untuk urusan perniagaan, memenuhi
kepentingan urusan peribadi, menziarahi rakan dan saudara mara serta merehatkan
diri daripada aktiviti kebiasaan.
No comments:
Post a Comment