Pelancongan Islam pada asasnya
tidaklah jauh berbeza dengan pelancongan yang dijalankan pada hari ini. Perbezaan yang boleh didapati dalah dari segi
prinsip terutamanya segi kepatuhan
kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak. Ini berbeza dengan pelancongan sedia ada yang
dilihat tidak menitik beratkan apa yang boleh diistilahkan sebagai mesra
pelancong Islam. Disamping itu,
perbezaan dapat diperhatikan dari segi proses sepanjang pelancongan mestilah
siisi dengan kegiatan yang mendapat
keredaan Allah. Ia bukan sekadar
aktiviti santai semata-mata. Prinsip lain
yang penting juga ialah kesan yang
diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan.
Kesan daripada pelancongan Islam ialah dapat membentuk kearah insan yang
lebih baik daripada sebelumnya.
No comments:
Post a Comment