Tuesday, 24 May 2016

PAKEJ PELANCONGAN


Pakej Cameron Highlands

TEMPOH PERCUTIAN: 3 Hari 2 Malam

PENGINAPAN: Hotel Copthorne (Hotel 4 Bintang)


HARGA PAKEJ: 
RM450 RM360 seorang

TEMPAT LAWATAN:
·         Tea Plantation, Tea Factory, Rose Garden, Butterfly Farm, Bee Farm, Market Square, Buddhist Temple, Strawberry Farm.

PAKEJ TERMASUK:
·         Penginapan 3 Hari 2 Malam
·         2 x Breakfast
·         Cameron Highlands Country Tour

PAKEJ TIDAK TERMASUK:
·         Surcaj Peak Season
·         Perbelanjaan persendirian
·         Travel Insurance
·         Makanan tambahan
·         Entrance Fee ke tempat lawatan




D' Lagoon Chalet , Pulau Perhentian

3D2N Snorkelling Fullboard Package 
Rate Per Person (MYR) 
Attached Bathroom = RM 385
Non-Attached Bathroom = RM 370


3D2N Snorkelling Fullboard Package Include :

: Accommodation at D’Lagoon Chalet (Fan Room).
: Return Fast Boat Transfer (Kuala Besut-Chalet-Kuala Besut)
: Welcome Drink
: 2 Breakfast, 2 Lunches, 1 Dinner, 1 BBQ
: 2 x Snorkelling Trips with equipment inclusive of life Jacket
: 1 Banana Boat Trip
: 1 x Complimentary Flying Fox activities
: Complimentary Free and Easy Jungle Trekking activities



3D2N Recreation Fullboard Package 
Rate Per Person (MYR) 
Attached Bathroom = RM 409
Non-Attached Bathroom = RM 395


3D2N Recreation Fullboard Package Include :

: Accommodation at D’Lagoon Chalet (Fan Room)
: Return Fast Boat Transfer (Kuala Besut-Chalet-Kuala Besut)
: Welcome Drink, 2 Breakfast, 2 Lunches, 1 Dinner, 1 BBQ
: 2 x Snorkelling Trips with equipment inclusive of life Jacket
: 1 Banana Boat Trip
: 1 x Kayaking activity inclusive equipment
: 1 x Complimentary Flying Fox activities
: Complimentary Free and Easy Jungle Trekking activities



3D2N Perhentian Fishing Trip 
Rate Per Person (MYR) 
Attached Bathroom = RM 485
Non-Attached Bathroom = RM 470

*Minimum 6 person per booking
3D2N Perhentian Fishing Trip Package Include :
: Accommodation at D’Lagoon Chalet (Fan Room)
: Return Fast Boat Transfer (Kuala Besut-Chalet-Kuala Besut)
: Welcome Drink, 2 Breakfast, 2 Lunches, 1 Dinner, 1 BBQ
: 2 Snorkelling Trips with equipment inclusive of life Jacket
: 1 x Fishing trip near Perhentian Island exclude fishing rod
: 1 Banana Boat Trip
: 1 x Flying Fox activities
: Free and Easy Jungle Trekking activities



3D2N Camping Package 
Rate Per Person (MYR)
RM 255

*Minimum 10 person per booking
3D2N Camping Package Include :
: Camping area exclude tent
: Return Fast Boat Transfer (Kuala Besut-Chalet-Kuala Besut)
: Welcome Drink, 2 Breakfast, 2 Lunches, 1 Dinner, 1 BBQ
: 1 Banana Boat Trip
: 1 x Flying Fox activities
: Jungle Trekking activities to Solar Hybrid Panel (1-2 hours) with


PONDOK PENGAJIAN

PONDOK HIDAYATULLAH, SETIAWAN, PERAK

Pondok Hidayatullah adalah Institusi Pendidikan berasaskan ilmu-ilmu Islam yang berorentasikan sistem pondok dan diterampilkan dalam bentuk moden dengan mengekalkan sistem pengajian pondok tradisi serta tempat beramal dan beribadah kepada Allah SWT.

Pengajian dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia pelajar tersebut.  Pondok ini ditadbir oleh Lembaga Persatuan Jami’yah Raudhoh As Solihin yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan (ROC) yang dipengerusikan oleh Ust. Hamid bin Hasaan.

Sistem Pengajian
Pengajian Para Pelajar

Sistem pembelajaran terbahagi kepada dua.  Pelajar Takhasusiah dan Pelajar Umumiah.  Bagi pelajar takhasusiah ialah sistem pondok, Tahfiz Al Quran, Bahasa Arab dan akademik (persediaan SPM) dan bagi pelajar Umumiah (dewasa yang dibuka kepada amsyarakat umum) ialah Tahsin Al Quran, Fardhu Ain serta Talaqi kitab-kitab Jawi.

1. Program Wajib Kepada Setiap Pelajar

  • Program Tahsin Al Quran

Semua pelajar akan melalui program Tahsin Al Quran, tumpuan diberikan kepada pembacaan AL Quran mengikut tajwid dan sebutan makhraj yang betul.

  • Program Tafqih Al Quran

Mengetahui makna-makna ayat Al-Quran yang diterjemahkan dan tafsirannya, sebab turunnya ayat dan ilmu berkaitan dengan Al Quran.

  • Program Fardhu Ain

Terdiri dari subjek-subjek teras seperti Tauhis, Feqah dan Tasauf.

  • Program Tafqih Al Hadis

Mempelajari 40 hadis asas Islam dan menghafal hadis-hadis tersebut.

2. Program Pakar

Program ini khusus untuk peljar yang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

  • Program Talaqi

Program ini adalah berdasarkan kepada Sistem Pondok iaitu pembelajaran kitab-kitab di dalam Bahasa Arab secara talaqi dan moden terdiri dari Nahu, Saraf, tauhid, feqah, tasauf, tafsir, hadis. Usul feqah, mustalah Hadis dan lain-lain.

  •  Program Tahfiz Al Quran

Program ini ialah untuk pelajar-pelajar yang terpilih dan berkemampuan menghafal 30 juzuk AL Quran.

  • Program Menghafal Surah-Surah Pilihan

Program ini diwajibkan kepada pelajar Takhasus

  • Program Akademik


Program tusyen subjek-subjek teras akademik seperti B.Melayu, B.Inggeris, Math, Sains, B.Arab sebagai persediaan untuk mengambil SPM.

Senarai sekolah pondok di Malaysia:
  1. Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh), Kota Bharu, Kelantan
  2. Madrasah Ar-Rahmaniah (Pondok Lubuk Tapah), Pasir Mas, Kelantan
  3. Madrasah Ar-Rahmaniah (Pondok Tn Guru Hj Salleh), Seberang Pekan Sik, Sik, Kedah
  4. Madrasah Ar-Rahmaniah (Pondok Neting), Tumpat, Kelantan
  5. Madrasah Muhammadiah (Pondok Sg Durian), Kuala Krai, Kelantan
  6. Madrasah Muhammadiah (Pondok Beta Hilir), Kota Bharu, Kelantan
  7. Madrasah Yusufiah (Pondok Banggol Naim), Pasir Mas, Kelantan
  8. Madrasah Dakwah Islamiah (Pondok Sri Permai Seligi), Pasir Puteh, Kelantan
  9. Madrasah Fununiah Tunjuniah, Kota Bharu, Kelantan
  10. Pondok Berangan, Tumpat, Kelantan
  11. Madrasah Darul Muttaqin (Pondok Lepan Bola), Tanah Merah, Kelantan
  12. Madrasah Darul Ilmi (Pondok Bukit Gading), Tanah Merah, Kelantan
  13. Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Pasir Puteh, Kelantan
  14. Madrasah An-Najmiah (Pondok Geting), Tumpat, Kelantan - Umno
  15. Madrasah Diauddin (Pondok Gual Dalam), Pasir Mas, Kelantan
  16. Madrasah Nasrullah (Pusat Tarbiah), Pasir Mas, Kelantan
  17. Kulliyah Pondok Darul Naim, Pasir Tumbuh, Kelantan
  18. Pusat Pengajian Pondok, Bachok, Kelantan
  19. Pondok Banggol Stol, Pasir Mas, Kelantan ( Pelajar Sekolah & Orang Tua )
  20. Pondok Kuin Pasir, Bachok, Kelantan
  21. Pondok Hj Yaakub Samba, Pasir Putih, Kelantan ( Pelajar Bujang, Kelamin & Orang Tua )
  22. Madrasah Darul Naim, Melor, Kota Bharu, Kelantan
  23. Madrasah Diniah Yusufiah (Pondok Jaba), Jeli, Kelantan ( Pelajar Sekolah & Orang Tua)
  24. Pondok Mahiliah, Tumpat, Kelantan ( Pelajar Sekolah)
  25. Pondok Mahligai, Melor, Kelantan ( Pelajar Sekolah & Orang Tua )
  26. Pondok Panglima Bayu, Tanah Merah, Kelantan
  27. Pondok Darul Hanan, Tumpat, Kelantan ( Orang Tua )
  28. Pondok Kampung Jal, Tumpat, Kelantan
  29. Pondok Lati, Pasir Mas, Kelantan ( Orang Tua )
  30. Madrasah Diniah Ihsaniah (Pondok Hutan Pasir), Pasir Mas, Kelantan
  31. Pondok Hidayah, Machang, Kelantan
  32. Madrasah Tarbiah Athfal (Pondok Talak), Tumpat, Kelantan
  33. Pondok Hj Ali, (Tok Uban), Kelantan34) Pondok Panchor, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
  34. Pondok Sungai Keladi, Pasir Mas, Kelantan
  35. Pondok Tn Guru Hj Ismail, Pasir Mas, Kelantan
  36. Pondok Hj Hasan, (Dekat Masjid Lemal)
  37. Madrasah Al-Munajjiyah (Pondok Sungai Bayu), Gua Musang, Kelantan
  38. Pondok Padang Bongor, Tanah Merah, Kelantan ( Tahfiz )
  39. Pondok Ihya’ Al-Ulum D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Pasir Mas, Kelantan
  40. Madrasah Ribat, Parit Perupuk, Jalan Temenggung Ahmad, Muar, Johor
  41. Madrasah Miftahul Muarif (Pondok Jorak), Muar, Johor
  42. Madrasah Darul Istiqamah, Kg Simpang Baba, Muar, Johor
  43. Madrasah Darul Muhajirin, Seberang Prai, Pulau Pinang
  44. Madrasah Sa’adatul Wataniah (Pondok Telaga Panchor), Kg Tembak, Baling, Kedah
  45. Madrasah Tahzib An-Nufus (Pondok Ustaz Awang Lanai), Kupang, Baling, Kedah
  46. Madrasah Tn Guru Hj Abu Bakar Taib
  47. Madrasah Misbahul Falah (Pondok Lanai), Kupang, Baling, Kedah
  48. Madrasah Ad-Diniah Al-Latifiah (Pondok Pak Teh), Kroh, Perak
  49. Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah (Pondok Ahmad Nahu), Kg Kuala Beris, Nami, Sik, Kedah
  50. Madrasah Irsyadiah Islamiah, Ampang, Jeneri, Kedah
  51. Madrasah Nur Islamiah, Gajah Mati, Pendang, Kedah
  52. Madrasah Takwiyatul Islamiah (Pondok Bukit Lada), Pokok Sena, Kedah
  53. Madrasah Ijtimaiyyah Al-Ahmadiah, Tanjung Bedil, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah
  54. Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah (Pondok Permatang Nibong), Mukim Jeram, Jitra, Kedah
  55. Madrasah Al-Falah As-Samaniah Ad-Diniah (Pondok Alor Janggus), Mukim Padang Lalang, Alor Setar, Kedah
  56. Madrasah Ulum Diniah Al-Uthmaniah (Pondok Tanjung Kapor), Jitra, Kedah - Umno
  57. Markaz At-Ta’lim Wat Tarbiah (Pondok Bandar Hilir), Teloi Tua, Sik, Kedah
  58. Ribat Nasrul Muhajirin, Megat Dewa, Kodiang, Kedah
  59. Madrasah Manabi’ A-Ulum Ad-Diniah, Mukim Jeram, Jitra , Kedah
  60. Madrasah Darul Muhtadin (Belakang Masjid Sg Pau), Jeniang, Sik, Kedah
  61. Maahad Dar Muhajirin, Kg Bukit Gajah Teriak, Mukim Binjal, Jitra, Kedah
  62. Madrasah At-Tarbiah (Pondok Kg Landai), Gulau Sok, Sik, Kedah
  63. Pondok Semeling, Bedong, Kedah
  64. Madrasah As-Sa’adah Al-Islamiah (Pondok Gajah Mati), Kg Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, Pendang, Kedah
  65. Madrasah Ad-Diniah Al-Mardiah, Kg Seberang Sg Kob, Karangan, Kulim, Kedah
  66. Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah (Pondok Begia), Kg Begia, Jalan Jeneri, Sik, Kedah
  67. Madrasah Tarbiyatul Awladiyyah Darul Ulum, Kg Kilim, Pulau Langkawi, Kedah
  68. Madrasah Az-Zuhdiah, Kg Charuk Salang, Parit Panjang, Kupang, Baling, Kedah
  69. Madrasah Islahiah (Pondok Ustaz Adnan), Kg Paya Kelubi, Sg Karangan, Padang Serai, Kedah
  70. Pondok Ustaz Raouf, Repah, Tampin, Negeri Sembilan
  71. Madrasah Mazahir Ulum, Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan
  72. Pondok Baitul Qurra’ Wal Ilmi, Sungai Udang, Melaka
  73. Madrasah Al-Hasanah, Kampung Padang Temu, Melaka
  74. Madrasah An-Najah (Pondok Bukit Keledang), Mengkarak, Pahang
  75. Pondok Darul Huda, Kg Padang Luas, Mengkarak, Pahang
  76. Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, Kg Kuala Penor, Kuantan, Pahang
  77. Markaz Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah, Jalan Maran, Temerloh, Pahang
  78. Madrasah Ustaz Sobarudin
  79. Madrasah Darul Salam, Kampung Sri Damai, Kuantan, Pahang
  80. Pondok Darussalam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
  81. Madrasah Darul Bayan, Kg Pinang Merah, Paka, Dungun, Terengganu
  82. Madrasah Falahiah (Pondok Paku), Kg Kerandang, Besut, Jerteh, Terengganu
  83. Pusat Pengajian Taman Islam, Jalan Bakau Tinggi, Chukai, Kemaman, Terengganu
  84. Pondok Bukit Jong, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu, Terengganu
  85. Madrasah Batu 22, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
  86. Madrasah Dual Ikwan (Pondok Lubuk Pandan), Marang, Terengganu
  87. Madrasah Matla’ Badrain (Pondok Jabi), Jabi, Terengganu
  88. Pondok Sungai Bari (Pondok Hj Lah Apal)
  89. Madrasah As Sirotol Mustaqim (Pondok Al Mustaqim), Binjai, Kemaman, Terengganu
  90. Madrasah Al-Ikhlas, Kg. Che Muhid, Guntong Dalam, Setiu, Terengganu
  91. Madrasah Al-Hidayah, Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu
  92. Madrasah Islamiah (Pondok Al-Jenderami), Kg Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor
  93. Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin, Jalan Hj Amin, Kg Labuhan Dagang, Banting, Selangor
  94. Raudhatul Ulum (Markaz Tarbiyah Islamiah) - Darul Atiq (Caw), Batang Kali, Ulu Selangor, Selangor
  95. Persatuan Sinar Damsyik Malaysia (Maahad Tahzib Wat-Ta'lim), Shah Alam, Selangor


MASJID DI MALAYSIA

MASJID KAMPUNG LAUT, NILAM PURI, KELANTAN

Sejarah Masjid Kampung laut

Masjid ini dipercayai dibina oelh sekumpulan pengembang (mubaligh) agama Islam yang terdiri daripada sekumpulan anak raja Jawa yang datang belayar berhampiran negeri kelantan.  Semasa dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaiki baginda bocor dan anak raja itu bernazar untuk mendirikan sebiah masjid sekiranya mereka selamat tiba di darat.  Anak raja Jawa itu selamat tiba di darat dan mereka mendirikan sebuah masjid di Kampung Laut dan pabila kembali ke Jawa mereka mendirikan sebuah masjid lagi iaitu sebuah masjid yang sama reka bentuknya dengan Masjid Kampung Laut.  Reka bentuk Masjid Kampung Laut juga adalah sama dengan dengan bentuk Masjid Agung Demak di Jawa Tengah, Indonesia.


Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan.  Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu.  Usia masjid ini telah melebihi 300 tahun dan turut dikaitkan dengan Kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi.  Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut tersenarai antara masjid paling bersejarah di Asia Tenggara, seangkatan dengan Masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).



Seni bina Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri.  Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya.  Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian utama.  Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dana lam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai. 

Bahagian utama masjid ini terdiri daripada pelan berbentuk segi empat yang diliputi dengan bumbung pyramid yang disusun secara tiga tingkat.  Bahagian bumbung yang paling atas ditinggikan sedikit arasnya dan diletakkan tingkap bagi memudahkan pencahayaan. 

Bumbungnya berbentuk tiga lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bumbung masjid-masjid di negeri Melaka.  Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah.  Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah.  Mimbar dab ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri. 
Keseluruhan lantai masjid ini ditinggikan lebih kurang satu meter dari aras tanah. 

Ia tidak dilengkapi dengan serambi sebalinya dikelilingi oleh dinding panel yang diperbuat daripada kayu pada bahagian dalamannya.  Dinding panel tersebut ditebuk dan dijadikan bukaan bagi pintu dan tingkap.

Pengubahsuaian kemudiannya dijalankan dan sebuah ruang yang digelar balai lintang ditambah oada bahagian tepi masjid tersebut bertentangan dengan dinding mihrab dan ruang serambi besar juga turut disambungkan.

Dua buah ruang yang baru dibina dan didirikan rendah sedikit dari aras bahagian utama masjid tersebut.  Ruang serambi kemudiannya ditambah pada bahagian timur masjid tersebut dan dikenali sebagai wakaf.


MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH, TERENGGANU



Dikenali sebagai ‘Masjid Terapung’ dan seni binanya adalah gabungan pengaruh moden dan ‘Moor’.  Ia kelihatan unik dan cantic pada malam hari.

Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung dan memberikan ia sudut unik.  Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera DiRaja Terengganu.

Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini.  Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.

Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilah Shah ibni al-Mahrum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut Cina Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.


Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, masjid ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.


MASJID TENGKERA, MELAKA (1728)

Masjid Tengkera merupakan masjid kedua tertua di Melaka dan dibina pada tahun 1728.  Namun ada juga yang masjid ini dibina pada tahun  1750-an.  Sebelum dirobohkan dan dibina semula pada tahun 1821, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun  nipah dan tiangnya daripada kayu berlian. Reka bentuk masjidnya juga tidak jauh berbeza dengan Masjid Kampung Hulu dan Kampung Kling iaitu berbumbung tiga lapis berbentuk piramid.  Masjid ini mempunyai sedikit kelainan kerana mempunyai tiga lapisan bumbung iaitu bumbung beranda, bumbung ruang sembahyang dan bumbung kubah.  Hiasan dan senibina dalaman dan luaran juga menggabungkan ciri-ciri seni bina Cina, India dan Sumatera.


Keunikan masjid ini mempunyai seni bina yang sangat luas di segenap sudut, baik di pintu massuk tingkap, dinding, tangga, mimibar, menara dan pintu gerbangnya.  Dihiasi dengan batu mar-mar Cina yang indah. Di bahagian hadapan masjid ini dipagari dengan tembol batu yang dihias kekisi porselin manakala pintu gerbangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan bumbungnya berbentuk seperti pagoda.


Pintu masuk ke kawasan masjid

Menaranya berbentuk pagoda dan seakan-akan menara Masjid Kampung Kling.  Cuma saiznya agak besar dan lokasinya.  Sekiranya menara Masjid Kampung Hulu dan Kampung kling terletak di sisi kanan masjid (menghadap kiblat), menara masjid ini terletak bertentangan dengan pintu masuk bangunan masjid.  Masjid ini juga mempunyai kolah ubtuk berwuduk yang terletak di sisi kanan masjid.  Masjid ini juga merupakan tempat belajar mengaji untuk masyarakat setempat.


Menara masjid bertentangan dengan pintu masuk masjid


MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Masjid Putra didirikan pada 22 Zulkaedah 1419 Hijri bersamaan 9 Mac 1999 Masihi.  Ia menjadi mercu tanda Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Masjid ini dinamakan Masjid Putra bersempena Perdana Menteru Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.



Kedudukan masjid ini bersebelahan dengan Dataran Putra dan bertetangan dengan blok Perdana Putra.  Dari arah masjid ini, dapat dilihat pemandangan Tasik Putra dan kawasan sekitarnya.  Sebahagian besar masjid ini dikelilingi oleh tasik, dan menjadikan majid ini kelihatan terapung-apung di atas air seperti Masjid Tenku Tengah Zaharah di Terengganu dan Masjid Tanjung bunga di Pulai Pinang.  Bezanya kedua-dua masjid ini dibina berhampiran dnegan laut manakala Masjid Putra dokelilingi oleh tasik.

Binaan: Konsep Reka Bentuk masjid

Konsep reka bentuk masjid ini berdasarkan kepada seni bina Parsi zaman Kerajaan Safawe.  Seni bina dan reka bentuk kubahnya menonjolkan ciri-ciri masjid tradisi yang mudah dilihat di Timur Asia.  Ketinggian keseluruhan masjid ini menyamai bangunan 21 tinkat.  Ia terdiri daripada e,pat aras termasuk bumbung yang mempunyai fungsi masing-masing.


Aras Bawah Dua
Dinding dan benteng yang dibina di sekeliling aras ini  menampilkan imej pertahanan yang kuat untuk menggambarkan keteguhan.  Aras ini menjadi penghubung utama kepada siar kaki, iaitu jalan mengelilingi tasik.  Di aras ini terdapat pelantar untuk pengunjung menghayati udara nyaman dari tasik.

Aras Bawah Satu
Bahagian ini menempatkan pelbagai kemudahan seperti auditorium yang boleh memuatkan seramai 450 orang. Dewan makan untuk 400 orang dan sebuah ruang legar untuk pameran.  Di sini turut ditempatkan pejabat utama Masjid Putra, tiga buah bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, tempat berwuduk dan bilik air serta rumah kakitangan.

Aras Bawah
Aras ini membawa konsep keterbukaan.  Tiang berbentuk paying di aras ini direka supaya dapat memberikan perlindunagn orang ramai daripada hujan dan panas serta pengaliran udara semula jadi.  Konsep ini bertujuan untuk menyambungkan antara saf dalam dans af luar sekiranya jemaah terlalu ramai pada satu-satu masa.  Dewan solat utama terletak di sini yang boleh memuatkan bilangan jemaah seramai 8, 000 orang pada satu masa.  Pintu masuknya mempunyai reka bentuk berdasarkan struktur binaan di Isfahan.

Sebuah laman terbuka terbentang luas di antara ruang solat utama dan pintu masuk utama masjid.  Laman terbuka ini merupakan tapak kepada menara masjid tsetinggi 116 meter dan dihiasi dengan kolam-kolam air dan pepohonan.  Laman terbuka serta pelantar sekeliling aras ini boleh menampung seramai 5, 000 jemaah lagi.

Aras Satu dan Bumbung
Bahagian ini mepunyai lapan kubah kecil yang membentuk empat penjuru dewan solat utama.  Konsep terbuka jelas kelihatan dengan adanya tingkat-tingkat besar yang dihiasi gaya rekaan yang begitu indah di sekeliling aras tersebut.
Sebanyak enam belas tudung konkrit mengelilingi aras ini.  Puncak kubah dihiasi dengan mercu tajam yang mengarah ke langit.  Dewan solat wanita berada di atas satu yang boleh menampung seramai 2, 000 jemaah.  Keempat-empat aras ini dihubungkan oleh rangkaian tangga yang bermula dari tempat wuduk utama serra dua buah lif di iiri dan kanan pintu dewan solat utama.

Kubah Masjid


Kubah masjid ini berwarna merah jambu dan reka bentunya berasaskan arabesque iaitu ukiran berkonsepkan tumbuhan seperti yang terdapat pada kubah-kubah masjid di Mesir.  Ukiran dan hiasan dalaman kubah dan masjid ini pada keseluruhannya diilhamkan berdasarkan seni ukir tempatan.  Selain kubah yang menjadi tarikan pada Masjid Putra inin, bahan daripada kayu cengal yang menjadi pilihan untuk pintu, jerejak dan pemidang pada masjid ini telah berjaya menghidupkan seni ukir Melayu berteraskan ajaran Islam yang menonjolkan semangat persaudaraan dan keharmonian sesama insan.



TEMPAT PERANGINAN

CAMERON HIGHLAND

Tanah Tinggi Cameron Highland merupakan sebuah peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga.  Suasana disekitar Cameron Hoghland yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar.  Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari.  Berjalan kaki sambal melihat keindahan alam semula jadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah kerja. 

Tempat menarik di Cameron Highland

  • Ladang The Boh

Suasana sangat mendamaikan di Ladang The Boh Cameron Highland menjadikan kawasan ini sebagai tarikan utama para pelancong.  Udara yang amat segar dapat menghilangkan segala tekanan yang dialami apabila anda berada di sekitar Ladang the Boh.  Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam di sini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI.  Tidak hairanlah jika Cameron Highland menjadi salah satu senarai terkenal untuk berbulan madu. 
                                                                            
  • Kebun Lavender


Kepada pencinta bau lavender, anda tidak perlu untuk terbang jauh sematamata untuk melihat dan meraai sendiri keindahan bunga lavender.  Bau yang sangat menyenangkan kini asa di Kebun Lavender di Cameron Highland.  Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa.  Suasan yang sangat romantic menjadikan Kebun Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland.  Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetic bunga dan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga.


PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian ialah satu satu destinasi percutian popular di Malaysia.  Ia terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 KM dari Pekan Kuala Besut, Terengganu.  Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan alam semula jadinya seperti pantai berpasir  yang putih bersih, air laut yang jernih, laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan hisupan laut yang sangat cantic serta hutannya yang belum tercemar.  Pulau Perhentian sering kali menjadi lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada kleuarga, kumpulan atau individu.

Pulau Perhentian terbentuk dari dua pulau utama iaitu:

     1Pulau Perhentian Besar

  • Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian di sini.  Terdapat  banyak resort menarik yang menawarkan berbagai pakel untuk pelancong terutamanya pakej snorkelling dan scuba diving.  Di sini juga terdapat operator pelancongan yang menawarkan kursus scuba diving termasuk kursus penuh bagi mendapatkan sijil PADI bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelam ke kawasan yang lebih dalam dan menarik.
  • Para pelancong dapat menikmati keindahan di Pulau Perhentian.  Jika ingin bersiar-siar di sekitar pulau, terdapat jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort berdekatan.  Untuk melihat keindahan pulau lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancongan.



  2. Pulau Perhentian Kecil

  • Pulau Perhentian Kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik.  Beberapa pantai yang cantic dan lokasi snorkelling terdapat di sini.  Pulai ini mempunyai banyak resortdan chalet yang menawarkan harga penginapan yang lebih murah berbanding Pulau Perhentian Besar.  Ia juga terkenal dikalangan pelancong “backpackers” dan lebih sesuai untuk lokasi percutian bajet.
  • Tiada jalinan jalan raya melainkan hanya jalan kecil yang merentas hutan di pulau ini.  Jadi, untuk kemana-mana lokasi, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancongan yang ada. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar untuk melihat tempat-tempat menarik di sana.


Aktiviti di Pulau Perhentian

Tarikan utama pelancong ke Pulau Perhentian ialah berehat di pulau cantic yang sunyi dan tenteram serta melakukan aktiviti snorkelling sambal menikmati keindahan hidupan laut di sekitar pulau ini.  Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti:
  • Mandi laut
  • Island cruises (menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik disekitar pulau)
  • Windsurfing
  • Sailing
  • Berkayak
  • Memancing
  • Berkhemah
  • Jungle trekking

TANAH AINA FARRAH SORAYA, RAUB PAHANG

Tanah Aina Farrah Soraya adalah sebuah resort eko pelancongan yang ekslusif di Raub, Pahang.  Lokasi resort terletak di kawasan hutan tropika yang kaya dengan flora dan fauna.  Suasana di sini nyaman dengan suhu yang menyegarkan sekitar 24°C.  Hutan di sini begitu terpelihara dari sebarang ancaman pembangunan. 




Antara aktiviti menarik yang dijadualkan dalam percutian ke sini ialah jungle trekking dan lawatan ke air terjun.  Sepanjang jungle trekking, anda berpeluang membuat lompatan dipanggil “Leap Of Faith”.  Ketinggiannya kira-kira 15 kaki dari platform tempat anda berdiri.




Anda juga berpeluang untuk menikmati aktiviti mendaki bukit di waktu pagi untuk melihat matahari naik melalui perbukitan dan hutan hijau yang begitu mempersonakan pada waktu pagi.  Selain itu, disediakan juga aktiviti flying fox dan anda akan ditemani oleh jurupandu arah yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang selok-belok resort ini.

Disamping itu, anda pasti akan berpuas hati dengan hidangan makanan yang disediakan.  Bermula daripada hidangan sarapan pagi, makanan tengah hari, minum petang sehinggalah makan malam.  Hidangan pasti menyelerakan. 

















Anda juga tidak perlu bersusah payah membawa peralatan mandi seperti sabun dan syampoo kerana segala perlatan tersebut telah disediakan di sini.  Yang istimewanya, segala alatan ini berasaskan organik dan semulajadi.  Tujuannya adalah untuk memastikan sungai dan hidupannya tidak tercemar.  Walaupun resort ini dibangunkan di kawasan hutan, namun ia masih mengekalkan ekosistem tanah dan sungai.





TADOM HILL RESORT, BANTING, SELANGOR

Tadom Hill resort merupakan satu tempat pelancongan yang dikenali sebagai percutian semulajadi.  Di sini anda akan dapat merasai seperti berada di hutan yang sering dilihat di luar negara.  Nyaman, sejuk, ketenangan dan kedamaian semuanya boleh didapati di sini.

Tadom Hill Resorts Selangor

Aktiviti berkhemah memang bagus dijalankan di sini sambil mengkaji alam sekitar.  Selain berkhemah, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.  Keunikan dan kecantikan Tadom Hill Resorts ini mnejadi tarikan pelancong.  Tadom Hill Resort terletak hanya 12 minit daaripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur.  Tadom Hill Resorts merupakan kawasan perkhemahan dan riadah ‘wajib’ pergi buat mereka yang gemar menikmati keindahan alam semulajadi.  Kawasan ini juga dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah.



Konsep Buluh Di Tadom Hill Yang Menjadi Keunikannya

Tadom Hill Resorts berkonsepkan buluh.  Ini adalah salah satu sebab yang menjadi tarikan pengunjung untuk merasai ‘hidup’ dengan buluh.  Buluh digunakan dlam pelbagai kegunaan termasuklah bilik tidur.  

Tadom Hill Resorts Selangor

Terdapat 3 jenis pakej tempat tinggal yang disediakan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tents Sites dan Vip Bamboo Hut.

Tadom Hill Resorts Selangor


Tadom Hill Resort 4


Tadom Hill Resort 1

Selain itu, air yang berwarna seakan-akan turquoise sangat menhasuikkan dan membuat pelancong terpana dengan keindahan di situ.  Di sini juga pelancong boleh berakit dengan rakit yang dihasilkan daripada buluh.  Selain itu, anda boleh bergayut dan terjun seperti tarzan!

Tadom Hill Resorts Selangor


Tadom Base Camp

Tadom Base sangat sesuai bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak.  Terdapat 4 zon disediakan untuk anda cabar ketahanan dan fizikal diri sendiri.






Sunday, 15 May 2016

KOMPONEN PELANCONGAN ISLAM

Pelancong Muslim menginginkan perkhidmatan yang membolehkan mereka berjalan tanpa meninggalkan perintah Allah SWT.  Terdapat beberapa komponen pelancongan yang perlu diambil perhatian dalam menjayakan konsep pelancongan Islam.  
Antara komponen yang digariskan ialah:
  • Keupayaan destinasi dalam memadankan dengan kehendak pelancong Islam
  • Kesesuaian tempat penginapan
  • Makanan halal dan baik
  • Kegiatan yang patuh syarak
  • Layanan tamu berbentuk Islami



KONSEP PELANCONGAN ISLAM



Pelancongan Islam pada asasnya tidaklah jauh berbeza dengan pelancongan yang dijalankan pada hari ini.  Perbezaan yang boleh didapati dalah dari segi prinsip terutamanya segi kepatuhan kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak.  Ini berbeza dengan pelancongan sedia ada yang dilihat tidak menitik beratkan apa yang boleh diistilahkan sebagai mesra pelancong Islam.  Disamping itu, perbezaan dapat diperhatikan dari segi proses sepanjang pelancongan mestilah siisi dengan kegiatan yang mendapat keredaan Allah.  Ia bukan sekadar aktiviti santai semata-mata.  Prinsip lain yang penting juga ialah kesan yang diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan.  Kesan daripada pelancongan Islam ialah dapat membentuk kearah insan yang lebih baik daripada sebelumnya. 

Saturday, 14 May 2016

DEFINISI

Pelancongan dalam Islam mempunyai perspektif yang luas dan boleh diungkapkan dalam beberapa pecahan istilah.  Istilah rehlah, ziyarah, siyahah, umrah dan haji mempunyai pengertian yang umumnya merujuk kepada pelancongan tetapimempunyai konsep dan pendekatan yang berbeza (Hasan, Mohammad Mahyuddin, &Mohd Ahsrof Zaki, 2010).


Mengikut Shakiri (2006), pelancongan Islam tidak hanya terhad kepada pelancongan berbentuk motivasi agama semata-mata tetapi merangkumi semua bentuk pelancongan yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Henderson (2009) berpendapat ia merujuk kepada pelancongan yang meletakkan pertimbangan agama sebagai suatu kepentingan walaupun ia bukan motif perjalanan yang utama.

Ada yang berpendapat, pelancongan Islam merujuk kepada pelancongan Islam yang mengembara ke destinasi atas tujuan keagamaan (Zamani-Farhani & Henderson, 2010). 
Kesimpulannya, berpandukan definisi daripada pelbagai pendapat, pelancongan Islam merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, produk, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam yang melibatkan pengendali dan pelancong.



PERSPEKTIF PELANCONGAN DALAM ISLAM



PENGENALAN

Pelancongan kini menjadi satu gaya hidup yang diperlukan oleh kelompok manusia.  Pelancongan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal individu daripada tempat bermukim keluar tempat yang lain (Jamudin, 2012).  Keperluan kepada pelancongan dilihat sejajar dengan gaya hidup manusia yang memerlukan pergerakan untuk pelbagai tujuan.  Menurut Goeldner, Ritchie, dan Mclntosh (2000) tujuan mengembara ialah untuk urusan perniagaan, memenuhi kepentingan urusan peribadi, menziarahi rakan dan saudara mara serta merehatkan diri daripada aktiviti kebiasaan.